Friday 22 October 2010

Sepi...

Khamis 17.September.2009

Kesayuan kian memagut hatiku…entah mengapa perasaan sedih begitu merajai hatiku ketika ini. Sinar kebahagiaan itu kian berjaya kugenggam, namun aku khuatir gengaman itu tidak sekuat mana lantas terlepas dari gengaman. Sesungguhnya aku tidak dapat menipu perasaan ku sendiri bahawa aku tidak akan mampu melepaskan dia pergi. Perginya dia dalam hidupku bererti perginya cinta dan hatiku.

Sepi sering menghiasi malam-malamku. Sepi hatiku sepi..tandus jiwaku dengan kasih sayang, sesak nafasku dengan perpisahan. Oh Tuhan jangan kau pisahkan dia jauh dariku…cukuplah kedukaan dahulu yang menghimpit jiwa…aku tidak mahu kelukaan dahulu berulang lagi…Ku mohon padaMu ya Allah izinkan aku untuk bersamanya. Redhailah kami ya Allah…ku ingin bersamanya meniti perjalanan ini. Jangan biarkan dia pergi dalam hidupku.

2 comments:

  1. teruskan usaha anda... biarlah blog ini menjadi nukilan. cuma perincikan sikit kata kunci setiap posting tue agar dapat dikongsi bersama... macam puisi atau per jer yang orang leh kenal pasti..hihihi

    ReplyDelete
  2. Oh ya satu lagi...letaklah icon sharing dalam facebook.... leh kongsi mana yang baik hasil nukilan tue... bakat dah ada apa salahnya... terus buat buku jual buat duit.... sambil sambilan..

    ReplyDelete