Thursday 9 June 2011

Riang Ria Si Cilik Bahagian 1.

        Lama benar rasanya aku tak menulis di sini. Kesibukan dan kesuntukan masa membataskan aku untuk melayari internet. Jadi di kesempatan yang ada kali ini aku ingin berkongsi pengalaman mengajar di Sek.Ren Keb LKTP Nitar 02. Walaupun aku hanya berpeluang mengajar sekejap sahaja tapi cukup memberikan aku pengalaman berharga lantaran inilah kali pertama aku dapat mengajar di sekolah rendah.
    Ternyata sikap pelajar-pelajar sekarang sudah jauh berbeza dengan pelajar-pelajar dahulu.Pelajar-pelajar sekarang ini sudah tak takut dengan guru malah rasa hormatkan gurupun sudah kurang.Susah benar rasanya nak jumpa pelajar yang akan menundukkan badannya dan memberikan salam tatkala berselisih dengan guru.Kadangkala dia buatnya kita ni macam kawan2 dia aje. Alahai..sedih betul.
      Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian aku pelajar dewasa lebih mudah di kawal berbanding pelajar sekolah rendah.Biasalah namapun budak-budak.Banyak betul kerenahnya.Kadang-kadang lucu pula tengok telatah setiap budak tu.Banyak betul pertanyaannya,sampaikan kita sendiri tak terfikir soalan yang diajukan tu. "Cikgu kenapa macam tu?" "Cikgu kenapa tak boleh macam ni?" Aduh...penat nak menjawab.Walaupun penat tapi aku tetap enjoy mengajar sambil melayan telatah mereka apatah lagi sememangnya aku memang suka melayan budak-budak.
        Jom lihat telatah spontan mereka tatkala lensa kamera menghala mereka pada Riang Ria Si Cilik Bahagian 2.