Thursday 22 April 2010



Ya ALLAH, izinkan aku ini menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia. Harum mewangi dengan ilmu agama, cantik kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahir disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahku bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diriku agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk kau calonkan diri ini sebagai bidadari syurgamu. Amin...